bagi kategori lelaki pula, pasukan sofbol Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di nobatkan sebagai juara setelah mengalahkan pasukan UTHM dengan kutipan mata 9-4.

Pasukan pemenang bagi kejohanan tersebut menerima hadiah piala iringan dan medal yang disampaikan oleh Pengarah Kanan Akademik Jabatan Pengajian Politeknik, Mohd. Ghaus Ab. Kadir.

Mohd Ghaus berkata, sebanyak 10 pasukan daripada IPT dari seluruh negara seperti pa sukan daripada UUM, POLIMAS dan lain-lain menyertai kejohanan yang berlangsung selama lima hari bermula 25 November lalu.

“Kejohanan yang berlangsung ini bertujuan menyemarakkan lagi sukan sofbol di kalangan penuntut IPT tempatan.

“Ini selaras dengan pemilihan Polimas yang menjadi tempat pembangunan sukan sofbol dan pihak kami berharap dengan kejohanan sebegini sukan sofbol akan terus diminati ramai,” katanya ketika ditemui di padang Polimas di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, jurulatih pasukan UTHM bagi kategori wanita, Mesafizam Mesri berkata, kemenangan yang diperolehi oleh pasukan wanita UTHM itu berkat semangat ahli pasukan yang gigih berusaha.

“Ini merupakan kejuaraan sulung pasukan wanita UTHM bagi tahun ini dan kami sangat gembira dengan kejayaan ini tambahan pula kami telah mengalahkan pasukan UUM yang memang dikenali sebagai pasukan yang hebat.

“Kami hanya sasar untuk mendapat tempat ketiga dalam kejohanan ini dan kemenangan kami merupakan bonus kepada semua pemain,” jelasnya.

Tambahnya, pasukan sofbol wanita UTHM baharu sahaja ditubuhkan kira-kira empat tahun lalu dan kini berada pada kedudukan keempat di dalam Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum).

“Kami sasarkan untuk tahun depan kami boleh menduduki tempat ketiga dalam Masum dan ahli-ahli pasukan sofbol UTHM akan terpilih menjadi pemain kebangsaan untuk peringkat antarabangsa pada masa depan,” jelas nya.

Sumber:Utusan malaysia