MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Mengapa murah sangat? - Mukhriz

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir 'menyertai' bapanya mempertikaikan cara Putrajaya mengendalikan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Secara khusus Mukhriz bertanya kepada Kementerian Kewangan - yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - bagaimana tanah di kawasan Tun Razak Exchange di tengah ibu kota boleh dijual begitu murah kepada 1MDB.

Melalui Twitter, Mukhriz bertanya: "Kalau TH (Tabung Haji) sanggup bayar harga begitu tinggi utk tanah kepunyaan 1MDB, apa alasan Kem Kewangan jualnya pd harga begitu murah kpd 1MDB dulu?"

Sejak beberapa hari lalu tumpuan ramai terarah kepada pendedahan mengenai pembelian tanah milik 1MDB di Jalan Tun Razak kepada Tabung Haji.

Tanah seluas 1.56 ekar itu dilaporkan dijual kepada Tabung  Haji pada harga RM188.5 juta dan ia adalah sebahagian daripada 70 ekar jumlah keseluruhan dimilik 1MDB.

1MDB membeli seluruh tanah itu daripada kerajaan dengan harga hanya RM194.1 juta.

- malaysiakini