MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Waris dua remaja ditemui

Waris kepada dua remaja yang ditemui orang awam dekat Tapak Arkeologi berdekatan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Merbok, 30 Mac lalu, sudah ditemui dan diserahkan kembali kepada keluarga mereka.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Faezah Nadiah Md Sairy berkata, selepas disiarkan dalam akhbar, waris keluarga berkenaan tampil dan kedua-dua adik beradik itu diserahkan kembali ke pangkuan keluarga.

Menurutnya, semasa ditemui, Muhammad Najmuddin Isma Elyas, 14, dan Mahmud Osmani Isma Elyas, 15, dibawa orang ramai ke Balai Polis Merbok untuk diambil keterangan.

“Kedua-duanya tidak ingat alamat rumah dan mereka diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk jagaan, sementara carian waris dilakukan.

“Bagaimanapun, waris dua kanak-kanak ini ditemui dan mereka diserahkan kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.

Pada 30 Mac lalu, kedua-duanya ditemui orang awam di lokasi kejadian pada jam lebih kurang 2.30 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber:Sinar harian