MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Warga Thailand, kekasih dicekup bawa dadah

Seorang wanita warga Thailand dan  kekasihnya, seorang lelaki tempatan, ditahan polis selepas disyaki cuba membawa masuk 387 gram heroin dan 9.5 gram syabu ke Langkawi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata, tujuh biji pil khayal jenis eramin 5 turut ditemui di dalam beg sandang yang dibawa oleh pasangan itu semasa mereka ditahan di Kompleks Jetty

Point Kuah di sini, kira-kira jam 9 malam.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi yang sedang menjalankan operasi Op Tapis di kawasan itu memberkas pasangan terbabit yang berkelakuan agak mencurigakan semasa berjalan di kompleks berkenaan,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang berumur lingkungan 30-an dan pasangannya lingkungan 40-an kini direman.

Sumber:Sinar harian