MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Tiga bulan dah tuai hasil

Sekumpulan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok mampu tersenyum bangga apabila penat lelah mereka mengusahakan sebidang tanah selama tiga bulan bagi projek tanaman tembikai susu mulai membuahkan hasil.

Pengarah projek, Nur Farah Saifudin, 22, berkata, projek yang diusahakan 11 ahli kelab MyAgrosis UUM menerusi Ladang Angkat MyAgrosis mengeluarkan hampir 1,200 kilogram tembikai susu pada tuaian pertama dengan nilai jualan RM2,000 yang diborong oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Projek berkenaan adalah latihan amali yang memperkenalkan pelajar berhubung situasi sebenar apabila menguruskan kebun dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pemilik kebun, Mohd Rashid Samsudin @ Shuib.

“Walaupun jadual kelas padat, kami mampu mengusahakan kebun seluas dua hektar kerana mempunyai penggiliran kerja masing-masing,” katanya ketika ditemui di kebun mereka di Kampung Binjal Dalam, Mukim Binjal, di sini.

Turut hadir, Penasihat Kelab MyAgrosis Nurul Faizah Halim yang juga seorang pensyarah ekonomi.

Nur Farah yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perniagaan Tani, berkata mereka amat bertuah kerana mendapat bimbingan Mohd Rashid yang pernah memenangi Anugerah Rural Business Challenge 2015.

 

 

Sumber:mymetro