MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Thaipusam diisytihar cuti peristiwa di Kedah

Kerajaan Kedah hari ini mengisytiharkan 9 Feb sebagai cuti peristiwa di negeri ini sempena sambutan Thaipusam.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengumumkan perkara itu berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikannya.

"Cuti ini diberikan seperti tahun lalu, bagi menghargai kaum India yang akan meraikan perayaan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Wisma Darul Aman.

Beliau berharap pihak swasta akan turut sama mengikut keputusan yang dibuat kerajaan negeri.

- Bernama