MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Simpati nasib Yaya

“Alhamdulillah... dua tiga hari ini memang tak menang tangan dibuatnya.

“Ramai sudi menempah kek cawan untuk membantu Yaya,” kata Zahrah Mohd Jamian, 32, ibu kepada anak istimewa Nur Zetty Shazlily Muhammad Zakri atau Yaya, 9.

Wanita cekal itu berterima kasih kepada orang ramai membantu menyebarkan status Facebook berhubung penjualan kek cawan untuk membiayai perubatan Yaya.

“Ini tahun ketiga saya dan suami berniaga kek cawan secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan keluarga, terutama Yaya.

“Suami bekerja sebagai pengawal peribadi, namun dia juga membantu menjual kek di depan bank di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Sumber:mymetro