MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Rumah bergoyang ditiup angin

Seorang ibu tunggal merayu kepada pihak berkenaan supaya dapat membina semula rumahnya yang uzur di Kampung Pida Satu, Megat Dewa, Mukim Ah.

Menurut Che Tom Ahmad, 66, rumah pusaka yang berusia hampir 100 tahun itu kini tidak selamat untuk berteduh kerana keseluruhan rumah kayu itu dimakan anai-anai.

Katanya, dia bersama anaknya, Nordin Ahmad, 39, dan adiknya, Rohani yang juga orang kurang upaya (OKU) sentiasa ketakutan apabila rumah mereka sering bergoyang setiap kali angin kuat.

“Sudah dua kali bumbung rumah saya diterbangkan angin dan kami bimbang rumah kami akan roboh pada bila-bila masa. Malah, kedudukan rumah yang terletak di tengah sawah sering menghadapi masalah ribut dan inilah yang menghantui kami selama ini.Angin kuat selama ini menyebabkan kedudukan rumah kami semakin condong dan setiap kali ribut kami sekeluarga duduk di dapur saja kerana struktur binaan di kawasan dapur saja yang masih kukuh lagi,” katanya.

Kata Che Tom, keseluruhan lantai dan dinding rumahnya kini reput dimakan anai-anai sejak sekian lama dan semakin tidak terurus serta berbahaya.

“Hanya anak lelaki makcik yang berani berjalan di lantai rumah ini. Jika naik ke atas, makcik terpaksa berhati-hati memijak lantai papan itu kerana keseluruhan papan reput.

“Pernah semasa berjalan kaki terperosok ke bawah rumah,” katanya yang bergantung hidup kepada pendapatan anak yang hanya mengambil upah bekerja kampung.

Sumber:Sinar harian