MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Pusat pemindahan banjir ditutup

Semua pusat pemindahan banjir kilat di sini ditutup jam 2.30 petang setelah keadaan banjir semakin surut.‎

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Baling Syamsul Izrin Isahak berkata, pusat pemindahan itu ialah Surau Kampung Sri Ketengga, Dewan Risda Kg Tanjung Pari dan Dewan Umno Batu 60.

Semalam, kira-kira 50 orang daripada 16 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan tersebut setelah banjir kilat melanda Baling buat kali ketiga.

"Semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi meneruskan aktiviti harian seperti sediakala," katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, pasukan kaunselor JKM juga telah membuat sesi intervensi krisis bagi semua mangsa yang telah tinggal di pusat pemindahan sebelum ini.

"Ini ialah langkah untuk mengurangkan tekanan kepada mangsa banjir yang beberapa kali sudah berulang-alik berpindah ke pusat pemindahan," katanya.

Sumber:Sinar harian