MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Penjaga kubur maut badan terbakar disambar api

Seorang warga emas, Law Eng Soong, 70, ditemui maut terbakar dalam kejadian kebakaran lalang di Tanah Perkuburan Cina, di Jalan Rambong, Pulai, petang kelmarin.

Mangsa yang bekerja sebagai penjaga kubur melecur hampir 70 peratus dipercayai akibat disambar api ketika membakar sampah.

Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Khotib Abdul Rahman berkata, ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian pada 4.33 petang, mangsa dipercayai telah meninggal dunia di atas kawasan bukit itu ketika cuba mengawal kebakaran terbabit.

“Pihak bomba menerima panggilan pada 4.26 petang. Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran itu melibatkan kawasan lalang di tanah perkuburan yang dianggarkan seluas dua ekar.

Sementara, Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Wari Kiew berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa melecur di bahagian badan, termasuk kedua-dua tangan dan peha.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Sumber:Sinar harian