MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Pengemis 'kebal' tak serik

Kegiatan pengemis di sekitar bandar ini semakin menjadi-jadi dan sebahagian besarnya berpunca daripada sikap orang ramai yang pemurah dengan menghulurkan wang kepada mereka.

Pada masa sama, walaupun sudah banyak kali ditahan, sebahagian pengemis yang terdiri daripada warga asing seolah-olah ‘kebal’ daripada tindakan penguatkuasaan memandangkan mereka juga adalah pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

Pada operasi bersepadu membanteras pengemis di sekitar bandar ini yang dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang semalam, 14 pengemis termasuk dua kanak-kanak dan seorang bayi ditahan.

Pegawai JKM Klang S Poovaneswaran berkata, pengemis menjadikan lokasi seperti bawah jambatan, hentian lampu isyarat, pintu masuk pejabat, bank serta perhentian teksi sebagai pusat operasi mereka.

“Pengemis mula aktif seawal jam 10 pagi sehingga lewat petang. Lokasi strategik mereka sudah beberapa kali diserbu namun kegiatan mengemis masih tidak berkurangan.

Sumber:mymetro