MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Pemuda maut dilanggar kereta api ETS

Seorang pemuda maut apabila digilis keretapi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Kilometer 114.25, Kodiang-Anak Bukit berhampiran Kampung Megat Dewa, Jitra petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah berkata dalam kejadian 4.34 petang itu, Mohd Afendy Yaziz, 20, dikatakan melompat pagar landasan kereta api untuk ke kedai runcit di seberang landasan itu.
 
"Keretapi ETS berhenti sekejap kemudian bergerak kerana mempunyai penumpang lain. (Ketika itu) mangsa dipercayai memanjat pagar untuk ke kedai di seberang landasan.
 
"Akibatnya dia digilis keretapi. Mayat mangsa berkecai hampir satu kilometer dan cebisan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
 
Kes itu diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).
 
Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat KTMB Siti Badariah Wan Hanafi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
 
Beliau berkata keretapi berkenaan adalah dalam perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral.
 
"Tren dari Padang Besar ke KL Sentral telah melanggar seorang penceroboh lelaki di laluan antara Kodiang Anak-Bukit pada 4.34 petang tadi.
 
"Kejadian menyebabkan tren tergendala 30 minit," katanya.
 
- bernama