MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Pemilik restoran pertahan kerapu harimau RM160 sekilo

Luahan seorang lelaki bernama Zuhairi bahawa dirinya dikenakan bayaran RM1,131 selepas menjamu selera bersama 18 orang lain di Pulau Langkawi telah menjadi buah mulut di alam maya.

Pada ketika sesetengah pihak berpendapat bahawa RM786 untuk empat ekor kerapu harimau sebagai terlalu mahal, lain pula bagi orang tertentu yang berpendapat ia merupakan harga biasa untuk ikan jenis itu.
 
Berdasarkan menu di restoran di mana Zuhairi menjamu selera, ikan kerapu harimau dijual dengan harga RM16 untuk setiap 100 gram.
 
Zuhairi dan 18 rakan serombongan telah memakan empat ekor ikan kerapu harimau yang jumlah beratnya 4.6 kilogram yakni berharga RM736.
 
Selain ikan itu, beberapa jenis lauk turut dipanggil dari restoran sama menjadikan jumlah yang dibayar ialah RM1,131.
 
Pengendali restoran ketika dihubungi China Press mengesahkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sedang menyiasat kedainya selepas menerima aduan orang ramai.
 
Pengendali itu bagaimanapun menegaskan telah mengenakan harga yang berpatutan dan pelanggan juga boleh melihat menu untuk menyemak harga.
 
"Pelanggan datang dan ingat kami hanya memasak ikan, mereka bagaimanapun tidak tahu bahawa kami juga perlu menangkap ikan dengan menaiki bot.
 
"Harga untuk semua makanan telah dipaparkan dalam menu dan pelanggan boleh menempah berdasarkan kemampuan masing-masing," katanya.
 
Dalam pada itu, Persatuan Pemilik Bot Kedah, Zuo Shuang Cai (nama mengikut sistem pinyin) berkata, harga borong untuk harimau kerapu adalah antara RM30 hingga RM35 sekilogram.
 
Katanya, harga kerapu harimau bagaimanapun akan berlipat ganda kepada RM100 hingga RM105 sekilogram jika disajikan di restoran.
 
Menurutnya, restoran yang menjual pada RM16 untuk 100 gram atau RM160 sekilogram adalah sedikit mahal tetapi harga jualan di destinasi peranginan seperti Pulau Langkawi sudah tentunya lebih mahal berbanding tempat lain.
 
- malaysiagazette