MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Pawagam di Kedah ditutup sehingga 5 Disember

Pawagam di seluruh negeri Kedah akan ditutup bagi menghormati kemangkatan Raja Muda Kedah, Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Balishah, berusia 86 tahun.
 
Raja Muda Kedah telah mangkat pada pagi Ahad di Hospital Sultanah Bahiyah akibat sakit tua. 
 
Pawagam-pawagam di Kedah yang mengesahkan penutup sementara adalah GSC Amanjaya, GSC Aman Central, MBO Alor Setar, MBO Kulim, MBO Sungai Petani dan LFS City Plaza Alor Setar. 
 
Kesemua pawagam ini ditutup sejak kelmarin, 29 November sehingga Ahad 5 Disember 2015, dan akan kembali beroperasi pada hari Isnin, 6 Disember 2015. 
 
GSC akan mengembalikan semula wang kepada pemegang tiket pada hari penutupan itu. 
 
Antara pawagam lain di Kedah dijangka akan ditutup juga berikutan pihak kerajaan negeri telah mengeluarkan perintah berkabung selama tujuh hari dengan segala jenis hiburan atau sambutan dibatalkan. 
 
(Photo source: warisanpermaisuri.blogspot.com)
 
- cinema.com.my