MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Nelayan nyaris maut bot terbakar

Empat nelayan warganegara Thailand termasuk seorang tekong nyaris maut apabila bot yang mereka naiki terbakar kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Pulau Segantang, dekat sini.

Pemilik bot, Wong Kheng Wah, 56, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, nelayan berkenaan bertindak terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan diri selepas mendapati kebakaran berkenaan tidak dapat dikawal.

"Bagaimanapun mereka  berjaya diselamatkan oleh  beberapa bot nelayan lain yang berada berdekatan lokasi kejadian sebelum turut membantu memadamkan kebakaran.

"Bot berkenaan ditunda ke Jeti Nelayan Kuala Kedah selepas kebakaran dipadamkan," katanya.

Menurutnya, dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM400,000 dan mengesyaki kebakaran berkenaan berkemungkinan berlaku akibat kebocoran papi minyak bot.

Sementara itu, Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Leftenan Madya Maritim Meor Hamzah Badri Shah berkata, bot penyelamat 5 diarahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pemiliknya.

Bagaimanapun katanya,  keempat-empat nelayan berusia antara 30 hingga 50 tahun yang bekerja atas bot berkenaan tidak mengalami kecederaan.

"Saya mengharapkan orang awam memberi kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang Maritim atau kes kecemasan di perairan ini.

"Sebarang aduan mahupun kecemasan boleh dilaporkan ke talian 24 jam Mers dan pusat operasi Pangkalan Maritim Kuala Kedah di talian 04-7621810," katanya.

Sumber:Sinar harian