MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Misteri Pokok Semambu Keluar ‘Susu’ Di Kedah

Penduduk di Taman Bandar Baru Sungai Lalang, Kedah dilaporkan kehairanan apabila sebatang pokok semambu di sana, tiba-tiba menggeluarkan lendir putih seperti susu dan manis rasanya.

Menerusi perkongsian video di sebuah page Facebook, kelihatan lendir putih pekat seakan susu getah mengalir di pohon berkenaan dan terdapat semut menghurungnya.

Tidak dipastikan mengapa pokok berkenaan yang sinonim dengan rasa pahit, boleh menghasilkan cecair manis hinggakan masyarakat setempat dikatakan berebut-rebut mahu merasainya sendiri.

Di Malaysia, pokok semambu agak sinonim dengan masyarakat India kerana sejak turun temurun buah dan daunnya sering dijadikan bahan masakan dan ubatan-ubatan herba.

Daun semambu yang pahit juga, sering dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu yang menetap di kampung.

Daun semambu turut digunakan dalam pengubatan tradisional untuk mengubat penyakit seperti malaria, kudis, sifilis, buasir, sakit gigi dan bermacam-macam lagi.

Mungkin inilah sebab mengapa orang ramai begitu berminat mahu mengambil dan merasa cecair manis dari pokok semambu di Kedah ini gamaknya.

Sumber:mynewshub