MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Letupkan ATM larikan RM300,000

Dua penjenayah berjaya melarikan kira-kira RM300,000, selepas meletupkan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di BSN cawangan Jitra, hari ini.

Menurut laporan Sin Chew Daily, kejadian itu berlaku pada jam 5.40 pagi tadi.
 
Setibanya di tempat kejadian pada jam 5.45 pagi, polis mendapati wang kertas sekitar RM600 bertaburan di lantai premis bank itu.
 
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah dilaporkan sebagai berkata, dua penjenayah yang berjaket kelabu dan bertopeng, tiba di bank itu dengan menaiki sebuah kereta Toyota Camry.
 
Jelasnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, mereka bertindak mengumpil pintu di bawah ATM itu menggunakan sebatang kikir.
 
Mereka kemudiannya menyumbat bom paip ke dalam ATM itu, sebelum menyalakannya dengan pemetik api dan melarikan empat peti wang kertas.
 
Ketika kejadian, tiada pengawal keselamatan di dalam bank itu.
 
Beliau berkata, modus operandi penjenayah sama dengan satu lagi kes letupan di sebuah bank di Alor Setar, pada Februari lalu.
 
Sehubungan itu, polis mengesyaki dua kes itu dilakukan penjenayah sama.
 
Jelasnya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

- freemalaysiatoday