MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Lelaki maut kereta terjunam sungai

Mayat lelaki ditemui dalam kereta Mercedes Benz yang dipercayai terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jalan Lana Bulu, Kampung Tandop, di sini, pagi tadi.

Mangsa Lim Keat Siong, 29, ditemui dalam kereta itu jam 7.55 pagi tadi dalam sungai pada kedalaman empat meter.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Suffian Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.39 pagi dan tiba jam 4.11 pagi.

Beliau berkata, seramai 15 anggota termasuk pegawai tiba bersama sebuah jentera, sebuah EMRS, sebuah bot dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sungai Petani terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Tindakan menarik kereta yang jatuh ke dalam sungai itu dilakukan ke tebing sebelum mengeluarkan mangsa.

"Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sumber:mymetro