MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Lelaki Maut Dipercayai Lelap Ketika Memandu

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai dalam keadaan mengantuk, gagal dikawal lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 100.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, kira-kira pukul 6.10 pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata Yaakub Abas, 57, berasal dari Air Hitam, Jitra, cedera parah pada bahagian kepala serta dada, dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan yang masing-masing dipandu bersendirian, berada di lorong kiri laluan dari Alor Setar menghala Butterworth.

"Bagaimanapun mangsa dipercayai terlelap dan gagal mengawal kereta yang dipandunya lalu melanggar bahagian belakang lori," katanya.

Md Zukir berkata pemandu lori, V Muniandy, 35, tidak cedera.

 

 

Sumber:mStar