MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

KJ anggap isu 'salib' di rumah isu bodoh

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata rakyat negara ini terlalu banyak menghabiskan masa untuk "isu-isu bodoh".

Beliau merujuk struktur binaan bumbung rumah yang kelihatan seperti simbol salib di Langkawi yang kini sedang dibaiki.
 
Perkara itu diluahkan Khairy di Twitternya dengan turut menyertakan gambar beliau "berselfie" di kawasan perumahan teres yang dilanda kontroversi itu.
 
"Rumah-rumah yang ada 'salib' di Langkawi. Sekarang dicat semula selepas kekecohan.
 
"Kita membuang terlalu banyak masa untuk isu-isu yang bodoh," katanya.
 
Berdasarkan gambar berkenaan, simbol 'salib' itu dicat dengan warna coklat bagi memadankannya dengan warna jubin bumbung rumah tersebut.
 
Manakala hanya satu bahagian sahaja yang dibiarkan berwarna putih.
 
Minggu lalu, gambar-gambar rumah yang baru dibina berhampiran Taman Sri Langkawi dan Kampung Bakau menjadi viral di media sosial.
 
Apabila dilihat dari laut, ciri putih di sepanjang bumbung berjubin coklat itu mewujudkan gambaran deretan salib putih menghadap ke laut.
 
Exco Perumahan Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, Majlis Daerah Langkawi mengadakan mesyuarat dengan syarikat perumahan di Langkawi itu semalam bagi memperbetulkan struktur binaan pada bahagian bumbung itu.
 
- malaysiakini