MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Kempunan nak makan roti canai

Niat seorang remaja untuk keluar menikmati roti canai tidak kesampaian apabila motosikal yang ditunggang terbabas ke bahu jalan di Jalan Permatang Pauh, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, Mohamad Asyraf Rohazat, 18, dikatakan keluar dari rumah untuk makan bersama rakan-rakannya.

Menurut sumber, mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah Sungai Dua menghala ke Permatang Pauh.

“Setibanya di Jalan Permatang Pauh, motosikal yang ditunggang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan,” katanya.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia di hospital kira-kira jam 6 pagi, semalam.

Kini, pihak polis berusaha mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Nor ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Pihak polis sedang dalam siasatan lanjut mengenai kejadian ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

sumber:Sinar harian