MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Injap bocor lebih sebulan lalu

Syarikat Air Darul Aman (Sada) diminta memantau saliran air bawah tanah berdekatan simpang tiga Sungai Lalang berikutan berlaku kebocoran lebih sebulan lalu.

Orang awam, Surina Md Hassan, 45, berkata, dia menyedari berlaku kebocoran memandangkan lokasinya terletak berdekatan jalan pintas penduduk dan dilalui kenderaan ringan mahupun motosikal.

Menurutnya, kawasan itu menghubungkan penduduk dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Amanjaya ke Stesen Petronas Sungai Lalang dan sekitarnya.

“Dah lama saya nampak macam bocor, tapi tak tahu dari mana puncanya, mungkin dari bawah tanah kerana sentiasa nampak air keluar perlahan-lahan dan membentuk lopak,” katanya.

Mohd Jasri Mohamad, 35, berkata, kebocoran itu boleh mengakibatkan kerugian, tambahan pula cuaca panas tidak menentu melanda negara menyebabkan lebih banyak air diperlukan dalam kehidupan seharian.

“Saya berharap agar tindakan segera dapat dilakukan bagi mengatasinya bagi mengelakkan pembaziran dan air terbuang begitu sahaja,” katanya.

Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 30-an, berkata, jika dilihat sepintas lalu, orang ramai mungkin tidak sedar lopak air itu berpunca dari saliran air yang bocor kerana nampak seperti sisa air hujan.

“Tetapi jika diteliti dan diamati, tiada hujan lebat turun dalam tempoh terdekat tetapi lopak air sentiasa ada,” katanya yang turut memohon pihak berkaitan melakukan pemeriksaan lanjut bagi mengatasi permasalahan itu.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Sada, Rofedi Sulaiman berkata, siasatan mendapati injap bocor dan pembaikan akan dilakukan segera.

Sumber:Sinar harian