MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Imigresen Kedah tahan dua wanita Thailand

Jabatan Imigresen Kedah menahan dua wanita warga Thailand dalam 'Op Ikrar' yang dijalankan di premis rumah urut di Jalan Kampong Perak, di sini semalam.

Pengarahnya, Mohamad Yusri Hashim berkata, dalam operasi jam 6 petang itu, wanita berumur 42 dan 46 tahun itu ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja di premis itu.

"Hasil siasatan mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti tidak bermoral dan berselindung di sebalik khidmat refleksologi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Yusri berkata dua wanita itu kini ditempatkan dalam lokap imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri di sini untuk siasatan sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

Sumber:sinar harian