MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Imigresen Kedah Tahan 4 Wanita Thailand Di Rumah Urut

Jabatan Imigresen Kedah menahan empat wanita warga Thailand dalam ‘Op Ikrar’ yang dijalankan di beberapa premis rumah urut di sekitar Gurun, di sini semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah Mohd Shahrir Khalil berkata wanita berusia 30 hingga 32 tahun itu ditahan dalam operasi pada pukul 3.50 petang di Taman Jerai Maju dan Taman Suria di Gurun.

“Kesemua mereka ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja di premis itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shahrir berkata kesemua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

 

 

 

Sumber:mynewshub