MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Bukan Cina majoriti pelajar SKJC Kuala Nerang

Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Hua, Kuala Nerang Kedah murid bukan Cina menjadi majoriti jumlah kemasukan ke darjah 1 untuk sesi persekolahan tahun ini, lapor Utusan Malaysia.

Menurut Guru Besar SJKC Kou Hua Ooi Poh Heng, sekolah yang berusia hampir 90 tahun itu hanya menerima seorang pelajar darjah 1 kaum Cina manakala selebihnya terdiri daripada kaum Siam dan Melayu.
 
"Sudah menjadi kebiasaan keadaan pendaftaran seperti ini di sekolah ini dan kami tiada masalah untuk menerimanya.
 
"SJKC Kou Hua kini mempunyai 75 murid tahun 1 hingga tahun 6 dengan pecahan 37 Siam, 25 Melayu dan 13 Cina," kata Ooi kepada Utusan Malaysia.
 
Ooi berkata, disebabkan situasi demikian, pihak sekolah mengambil inisiatif mengadakan kelas tambahan untuk memastikan murid berkenaan dapat memahami dan bertutur bahasa Mandarin memandangkan ianya bukan bahasa ibunda mereka.
 
"Menjadi cabaran buat pengurusan sekolah memastikan semua 22 murid darjah satu ini berupaya bertutur dalam bahasa Mandarin dengan baik," katanya kepada akhbar milik Umno itu.
 
- the malaysian insider