MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

Book2u dekati pelajar UUM

Book2u Karangkraf menawarkan potongan sebanyak 20 peratus untuk setiap pembelian buku di booth Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) dalam Pesta Buku Utara 2016 Discover UUM yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) dari 20 sehingga 26 Mac ini.

Pembantu pemasaran Book2u Karangkraf,  Mohd Nasrullah Norazmi berkata, potongan harga terbabit turut diberikan kepada pelajar yang membuat pembelian menggunakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

“Kali ini kita bawa hampir 300 tajuk yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan bacaan, antaranya buku motivasi, novel, buku kraftangan dan resipi masakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, Noor Faizatul Fitriah Ruslan, 22, berkata, dia sangat meminati novel terbitan Karangkraf kerana jalan cerita yang dekat di hati pembaca.

“Saya beli tiga buah novel hari ini (semalam), antaranya Mr &  Miss Troublemaker karya Ayuma Umairah," katanya.

Pesta Buku Utara 2016 Discover UUM adalah kali keenam diadakan di bawah penganjuran UUM Press.

Sumber:Sinar harian