MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kedah

‘Hotel’ kucing sudah penuh

Kedatangan Aidilfitri membawa rezeki kepada pengusaha ‘hotel’ kucing apabila kediaman binatang kesayangan itu di sekitar Pokok Sena dan Alor Setar sudah penuh.

Difahamkan pemilik kucing yang ingin pulang berhari raya mula mendaftar tempat penginapan untuk binatang kesayangan mereka sejak sebulan sebelum Ramadan lagi.

Pengusaha, Muhammad Farid Mat Saad dari Jalan Langgar berkata, kini pihaknya terpaksa menolak banyak permintaan daripada pemilik yang mahu meletakkan binatang kesayangan mereka di sini.

Menurutnya, kadar sewa yang dikenakan untuk seekor kucing adalah RM10 semalaman dan pemilik hanya perlu membawa makanan kucing kesayangan mereka masing-masing.

“Pihak kami hanya membantu dan mengawasi kucing ini dalam sangkar sahaja dan sepanjang tinggal di situ jika dijangkiti penyakit, kami akan berikan ubat.

"Kesemua kucing ini akan dipantau dua orang pekerja yang bertugas pada hari raya," katanya yang sudah mengusahakan kedai itu sejak empat tahun lalu.

Katanya, tahun lepas pihaknya menyediakan 120 bilik untuk kucing, namun kali ini ditambah lagi bagi memenuhi permintaan.

"Tahun ini saya sediakan 150 bilik untuk kucing," katanya.

Sementara itu, seorang pemilik kucing, Amin Suhairi Abd Halim, 50, dari Jitra berkata, dia sangat gembira apabila ada pihak yang menawarkan perkhidmatan seperti itu.

Katanya, perkhidmatan itu membolehkan pemilik kucing tidak perlu lagi tercari-cari tempat untuk meletakkan binatang peliharaan mereka.

“Sebelum ini, kami sangat bimbang untuk tinggalkan kucing kesayangan pada musim perayaan tapi kini tidak lagi," katanya.

 

Sumber:Sinar Harian