MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Kulim

Latest News for Kulim in "General"

Peragut tetak tangan suri rumah

Kulim: Seorang wanita berusia 40-an cedera di pergelangan tangan kanannya ditetak lelaki tidak dikenali ketika disamun di Taman Haruan, Kelang Lama di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira 7 pagi itu berlaku ketika mangsa hendak membuka pintu pagar rumah untuk menghantar tiga anak lelaki dan seorang anak perempuannya ke sekolah apabila seorang lelaki bertopi keledar datang.

Anak lelaki mangsa, Kamarul Ashraf Kamarul Azman, 11, berkata ketika kejadian, dia bersama abang dan kakaknya berusia 13 dan 15 tahun, berada di dalam kereta apabila ternampak ibu mereka bergelut dengan lelaki yang meragut beg tangan ibunya.

Spanar tersangkut di jari

Kulim: Budak lelaki menahan sakit beberapa jam berikutan spanar tersekat di jari telunjuk kirinya ketika membaiki basikalnya selepas sahur.

Terjun sungai demi anak

Kulim: Seorang bapa sanggup terjun ke dalam Sungai Lunas berhampiran Taman Kancil Lunas, di sini, untuk menyelamatkan anak lelakinya yang cuba membunuh diri, pagi tadi.

12 rumah rosak dilanda ribut

Kulim: Dua belas rumah membabitkan empat kawasan di daerah Kulim rosak selepas dilanda ribut 4.30 petang semalam.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kulim, Staf Kanan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 6.50 petang untuk bantuan menebang pokok tumbang di beberapa kawasan di sekitar daerah.

Dadu tak menjadi

Kulim: Tiga puluh lelaki dan tujuh wanita yang leka berjudi dengan dadu ditahan di banglo di Taman Makmur, Lunas, di sini.

Lapan ditahan pecah kilang pasang bas

Kulim: Polis menahan lapan lelaki dalam serbuan berasingan di Ipoh, Perak dan Bukit Tengah di Pulau Pinang, Sabtu lalu, bagi membantu siasatan kes pecah masuk kilang pemasangan bas di Kawasan Perindustrian Kelang Lama di sini, yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM3 juta.

Berjudi sampai tak sedar diserbu

Kulim: Tiga puluh individu termasuk lapan wanita ditahan ketika sedang bermain judi belangkas di bawah khemah di Padang Serai, di sini, lewat petang semalam.

Tiga termasuk dua anggota polis dituduh membunuh

Kulim: Tiga lelaki termasuk dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua tuduhan bunuh di Padang Meha pada awal September lalu.

Persiapan kahwin habis punah

Kulim: “Semua kelengkapan termasuk perhiasan bilik pengantin anak perempuan di tingkat atas musnah,” kata Maznah Majid selepas kediamannya di Kampung Padang Janggus, Junjung, di sini, musnah dalam kebakaran, kelmarin.

Aktiviti berkuda ceriakan pelajar

PADANG SERAI 17 Sept. - Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi sebagai orang ‘biasa-biasa’, ramai beranggapan aktiviti berkuda yang merupakan sebahagian daripada sunah tidak dapat dinafikan menuntut belanja yang agak tinggi.