MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Alor Setar

Latest News for Alor Setar in "General"

Maut kereta bertembung bas

Alor Setar: Pemandu kereta maut, budak lelaki daripada tujuh penumpang bas awam pengsan selepas kedua-dua kenderaan itu bertembung dari arah bertentangan dalam kejadian di Batu 8 Jalan Simpang Empat, Kota Sarang Semut, dekat sini, pagi tadi.

Pencuri tak sempat berjoli

Alor Setar: Tindakan pantas seorang wanita menghubungi jiran selepas menyedari kediamannya di Taman Dahlia Fasa 6, Jalan Lencong Barat, di sini, dipecah masuk menyebabkan dua lelaki ditahan orang ramai sementara seorang lagi berjaya melarikan diri.

Ditahan korek pasir di luar kawasan

Alor Setar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Kuala Kedah menahan kapal korek pasir, bot tunda dan tongkang disyaki melanggar syarat lesen mengorek pasir di kawasan tidak dibenarkan di 11 batu nautika barat Tanjung Dawai, Sungai Pertani, dekat sini, semalam.

Baja subsidi RM204,000 dirampas

Alor Setar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah rampas 317 metrik tan baja bersubsidi bernilai RM204,000 di dua gudang di Alor Janggus di sini, jam 11 pagi tadi.

Kilang kayu hangus

Alor Setar: Kilang kayu musnah dalam kebakaran di Jalan Pinang Jaya, Kepala Batas, Alor Setar, 3.45 pagi tadi.

Maut kereta langgar pokok

Alor Setar: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pokok di hadapan Taman Malinja, Sungai Limau, petang ini.

Sasar jual 100,000

Alor Setar: Syarikat pengeluar produk 4zi Oil, Azurani Beauty Centre (ABC) yang menumpukan kepada pengeluaran produk penjagaan pernafasan komited menguasai pasaran seluruh negara menjelang pertengahan tahun ini.

Ditahan bawa mercun bola ke stadium

Alor Setar: Seorang lelaki ditahan kerana membawa mercun ketika memasuki Stadium Darul Aman, di sini, pada perlawanan bola sepak Liga Super Kedah menentang Kelantan, malam semalam.

Sembilan EXCO Kedah dikekalkan

Alor Setar: Sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di bawah pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini dikekalkan dan mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, hari ini.

Tidak tahu sebarang keputusan: Bashah

 

Alor Setar: “Tunggu dulu, saya tidak tahu apa-apa keputusan lagi. Terima kasih," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang ditanya media berkaitan pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.